jaNgan luPa kLik yeR....

Sunday, March 20, 2011

tanda awal tsunami yg tidak disedar

selatanonline

Satu kejadian anih telah berlaku dipantai Acapulco, Mexico beberapa hari sebelum ini...Orang ramai yg datang ke pantai itu merasa agak hairan dan mereka berebut rebut menangkap ikan dengan tangan yg terlalu banyak menghampiri tepi pantai.

Ribuan ikan sardin, ikan-ikan bilis dan anak anak ikan tenggiri berkumpulan merapati sepanjang pantai tempat peranginan Mexico itu. Baru kini orang orang yg hadir itu berfikir dan mempercayai bahawa apa yg menjadi adalah berkait dengan tsunami yg melanda Jepun kelmarin.
hanya menangkap dengan menggunakan tangan

Nelayan-nelayan amat gembira dan sebuk dengan motorbot-motorbot kayu nya, meninggalkan jaring-jaring yg mereka guna dan mereka hanya mengaut ikan ikan dengan baldi sahaja.
kawan ikan yg terlalu banyak kelihatan hitam macam minyak tumpah

Beberapa pakar percaya fenomena secara langsung adalah berkaitan dengan tsunami yg berlaku diJepun. Nelayan-nelayan menyifatkan fenomena pelik ini dan arus luar biasa mempunyai kaitan kejadian tsunami yang meranapkan sebahagian dari Negara Jepun. Nelayan-nelayan di Acapulco mengatakan mereka tidak pernah melihat kawan ikan yg sebegini banyak berada berhampiran gigi air dimana mana pantai sekali pun.






mood assigment


mood aku ari nie baik...so aku nak siapkan assigment yg tertangguh ok
hehehehehe
paeh skunk fokus k..siapkan assigment yg kena antar minggu nie @ minggu 11
chaiyokkk...chaiyokkk...chaiyokkk

 
jari-jemari ku tngh taip assigment..hehehe

p/s: buat assigment awal2 k, jange suka tangguh2 susah nanti...hahaha

Saturday, March 19, 2011

phobia oh phobia

malam nie aku x dpt tdo sebab x biasa bermlm kat KHAR
aku & my gorgeous frendz Een, Yohanes & Lily tngk movie... 
yg penting kita org tngk movie antu ok, movie 2 bertajuk
 "PHOBIA & PHOBIA 2




korang mampu tngk movie antu dari malam sampai pagi
terkejut aku bla salah satu babak dalam movie 2 antu dia kuar dengan mengejut buat jantung aku x berhenti bergegup ok 
kencang lak 2...hahaha 2 la nak gatal nak tngk sangat kan terima la padah nyer
bak kata Yohanes babak 2 menyebabkan dia bernafas sampai ke kepala...hahaha
aku nga Een lak x habis2 menjerit ok...lucu la plak bla ingat balik sebab kita org hanya tngk movie jer
motifffff sangat nak jerit lebih2 kan...lau takut baik x yah tngk kan....apa pun best ok tngk movie "PHOBIA" walau pun takut




p/s: lau takut nak tngk movie antu baik x yah tngk dari awal..mana la tahu masa dok tngk 2 x pasal2 jatuh pengsan sebab kena serangan jantung..hehehe


mood blurrr

blurrrr....blurrrr....blurrrr....blurrrr


Friday, March 18, 2011

buntu + tak tahu apa

ari nie aku rasa diri aku buntu + tak tahu apa
knpe erk????




sedih + kecewa

setelah sekian lama aku menunggu...dia muncul kembali dalam memori hidup ku
tp kemunculan nyer hanya seketika dan d sebalik kemuncalan nyer ada insan lain d sisi nyer
sedih bercampur pilu
tangis dan tawa tidak siapa tahu
biarlah aku sendiri yg merasa nyer...........


Saturday, March 5, 2011

benarkah dia jodoh ku?


Emmm...entry ari nie saya nak kongsi pasal tips kita nak tahu bagaimana untuk mengenal pasti adakan teman / pasangan cinta kita adalah jodoh untuk kita atau tidak. Saya dapat tahu pasal benda nie pun daripada blog seseorang. Agak baik kan lau saya share nga korang semua, saya dah edit beberapa perkara dan tambah apa 

yang perlu .
Moga bermanfaat untuk kita semua..



Bagaimana untuk mengenal pasti si ‘dia’ itu pasangan hidup anda? Disini ada beberapa tips yang mungkin berguna sebagai panduan. 



DIA JODOH KU.. ?



benarkah seperti yang diperkatakan? Mungkin saja ada benarnya. Namun ketikanya kita bagaikan keliru, ada perkara dan persoalan bermain difikiran., berikut sedikit panduan untuk renungan bersama



1. Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah swt. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup
bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya. Mungkin yang ini dipanggil serasi?



Apabila bersama, masing-masing dapat merasai tarikan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama.



2. Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.



Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berpura. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, untuk menarik perhatian, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak,
dia mungkin bukan jodoh kita.



3. Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.



Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



4. Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.



Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.



Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



5. Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan, asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Jika ‘firasat’ kita kuat. Kita dapat mengesan sesuatu apabila dia menipu kita.



Selagi kejujuran pegangan di hatinya, kebahagiaan akan wujud. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.



6. Saling mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.



Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang ‘berjodoh’, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati mereka.



Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



7. Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.



Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.



Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



8. Memahami diri kita



Bagi pasangan yang ‘berjodoh’, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.



Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.



Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.



Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



9. Akui kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.



Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.



Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



10. Kata hati



Dengarlah kata hati. Manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.



Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
  
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati (firasat) dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



11.Mimpi



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha Esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.



Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.



Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



12. Bercintalah tanpa syarat.



Bagaimana? Jika telah diyakini bahawa kekasih / teman kita itu adalah pasangan hidup kita. Maka sedari awal percintaan hatta sampai hujung nyawa,.bercintalah bersamanya tanpa syarat. Jika tidak cinta anda pasti kecundang ditengah jalan.



Manakan tidak, ketika syarat yang terpendam masih dipenuhi, rasa cinta akan membuak hingga tumpah kelantai, akan tetapi pabila prasyarat cinta mula terhakis, atau mula berakhir, cinta pasti bisa terbang keluar jendela.



Bayangkan seawal cinta bila ditanya : apa sebab kau jatuh cinta kepada nya? 
Lalu dijawab, oh kerana wajahnya yang tampan / kejelitaan.. pasti pada satu hari ketampan atau kejelitaan mula luntur, apakah masa itu cinta pun mula berjalan kekubur?.
Jika harta jadi panduan.. satu hari harta hilang, maka cinta pun terbang melayang.



Justeru,. Jangan letakkan syarat sebagai penyebab cinta lahir. Jadikan Allah swt sebagai dasar memupuk dan mengakhiri cinta. Insya’allah jikalau sekalipun berlaku sebaliknya setelah semua usaha yang baik dilakukan, kita boleh bertenang dan menerima ketentuan takdir diatas takdir yang Allah aturkan.



Justeru, teman, usahakan dengan baik jika mencari jodoh,kerana pasangan hidup bukan untuk sehari, setahun, jika boleh kita ingin hanya nyawa sebagai pemisah. Selagi ada daya, ranjau dan cabaran ditempuhi bersama dengan tenang dan redha….



Ya Allah.. Kau yang mengatur jodoh kami, maka temukan yang terbaik untuk menjadi pasangan kami didunia dan diakhirat.. biarlah kami bercinta sampai kesyurga … amin..



~Ummi Nur Jannah~


Friday, March 4, 2011

wanita solehah lebih baik daripada bidadari "Syurga"

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga 


Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda,

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”

Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”

Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)

Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain. Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga. Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga. InsyaAllah..

Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?
Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah ibn abbas dan lain-lainya berpendapat.Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram(As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir)

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)


~~~SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH~~~

Tuesday, March 1, 2011

doa minta jodoh

Tak salah jika kita berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati kita (untuk yang belum kahwin la..).Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.
So, kepada yang bercinta mestilah ada target untuk mendirikan rumahtangga kan.....hehehe Oleh itu, syaitan mungkin akan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutuplah peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, korang yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.
Kat bawah nie aku letakkan juga doa untuk minta jodoh, kepada rakan-rakan yang nak cepat dapat jodoh amalkan la doa nie k..hehehe walaupun lawak bunyi nyer tapi INSYAALLAH dengan izin-NYA kawan-kawan semua akan dapat jodoh yang soleh dan solehah.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,

dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,

maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,

maka jadikanlah kami jodoh…



Kalau dia bukan jodohku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,


Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,

Jodohkanlah kami kembali…


Kalau dia jodoh orang lain,

Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..


Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian

Jodohkanlah kembali dia denganku…


Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S

DOA MINTA JODOH YANG BAIK

Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).

Penjelasan:

Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41

jaNgan luPa kLik yeR....